SKRIP PIDATO SEMPENA MAULIDUR RASUL
SUNNAH RASULULLAH S.A.W MENJANA UMMAH TERBILANG
Bismillahirrahmanirrahim.
Memetik kata-kata seorang tokoh agama yang berbunyi "umat islam harus berusaha memahami ajaran islam yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w yang menekankan keimanan dan ketakwaan kepada Allah,penguasaan ilmu pengetahuan,kehidupan berkualiti,"hasanah fiddunnya wa hasanah fil akhirah' dan penghayatan nilai-nilai murni serta akhlak terpuji".
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,salam ukhwah salam satu malaysia.Terimakasih sejambak mawar seharum kasturi kepada tuan pengerusi majlis, nakhoda pimpinan majlis bervisi ,dif-dif kehormat seterusnya sidang hadirin yang dikasihi.Menyahut tanggungjawab pada hari ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk 'Sunnah Rasulullah s.a.w Menjana Ummah Terbilang'.
Sunnah ini satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita.Sunnah adalah berbeza dengan sunat.Sunat dalam ilmu feqahnya bererti apa yang kita lakukan dapat pahala,manakala kalau ditinggalkan tiada ada apa-apa.Manakala sunnah itu menurut pandangan ulamak hadis adalah segala perkataan,perbuatan,taqrir,sifat keadaan,tabiat perwatakan dan sirah perjalanan Rasulullah s.a.w baik yang berkaitan dengan masalah hukum ataupun tidak.Dari definasi yang diberikan tadi oleh ulamak hadis ini kalau merujuk dalam kitab-kitab hadis atau dalam ecyclopedia contohnya jilid ke 4,kita akan ketemui bahawa sunnah ini adalah segala perkara-perkara yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dalam kehidupan beliau.
Hadirin hadirat penggerak wawasan sekelian,apa yang hendak difokuskan dalam sunnah ini ada 3 perkara,pertama,shuuroti,kedua,shirotihi,ketiga,shariirotihi.
Apa yang dimaksudkan dengan shuuroti,adalah gambaran luaran kesempurnaan Baginda Rasulullah s.a.w yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita.Contoh-contoh sifat luaran Baginda ialah bagaimana beliau makan,minum,berhias diri,menjaga kebersihan diri,cara berpakaian,berjalan,hubungan dalam keluarga,hubungan dalam bermasyarakat,serta cara perkahwinannya.Selain itu cara Baginda berkomunikasi dengan cara berkhemah dan cemerlang serta menjadi pendengar yang berprofesional.
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah.Sunnah yang kedua ialah shiirotihi iaitu sirah dakwah Rasulullah s.a.w dari dilahirkan sehingga Baginda diutus menjadi Rasul pemimpin ummah.Dan ketiga ialah Shariirotihi,yakni dalaman perasaan atau emosi Baginda terhadap kecintaannya terhadap Allah s.w.t dan ummatnya,bagaimana Baginda berjihad dalam menegakkan syariat islam dan sebagainya.
Warga dewan yang dimuliakan,begitulah perasaan Baginda Rasulullah s.a.w terhadap ummahnya dan apa yang ada dalam fikiran Baginda,hati dan perasaan,semuanya tertumpu pada umatnya yang Allah anugerahkan kemuliaan kepada mereka sebagai ummati.Akhir kata sebelum saya mengundurkan diri renungilah petikan kata pepatah cina yang berbunyi "andai inginkan kebahgiaan se tahun semailah benih,andai inginkan kebahgiaan sepuluh tahun tanamlah pokok dan andainya inginkan kebahgiaan seratus tahun didiklah manusia", sekian wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
saya akan bawa pidato ni dalam pertandingan nanti^_^...harap izin kan
ReplyDeleteSaya minta izin guna pidato ni ya ;) thanks
ReplyDeleteIzinkan saya menggunakan kandungan pidato ini untuk syarahan saya esok,ya.
ReplyDeleteizinkn sye guna pidato ni ye
ReplyDeleteAslm izikan saya guna pidato ni����
ReplyDeleteAslm izinkan saya guna pidato ni
ReplyDeleteaslm izinkan saya guna pidato ini
ReplyDeleteassalamualaikum. mohon izinkan sy guna utk pidato anak sy. tq
ReplyDelete