DEMI SEBUAH HASRAT
Kutoleh kembali
jejak-jejak denai semalam
agar setiap langkahku
tersusun kembali
tiada duri menyusuk
tiada kerikil menyekat tapak
menomen yang terpahat semalam
kian memudar
dek hakisan sebuah tekad
yang aku gagahi
demi sebuah hasrat
garapan pena
pelangi senja
13/3/2012
No comments:
Post a Comment