Tuhanku
Betapa ramai orang yang bersumpah dusta atas nama cinta.
Aku benar-benar tidak mengerti
Betapa banyak orang yang menangis kerana disakiti cinta
Pun aku tidak mengerti
Ramai yang dihancurkan hatinya dek cinta
Aku juga tidak mengerti
Namun ada pula yang bahagia kerana cinta
Sungguh aku tidak mengerti
Tuhanku,
Padaku kukatakan aku tidak tahu apa itu cinta..
Seperti apa rasanya jatuh cinta dan bagaimana nikmatnya cinta.
Aku pernah menaruh harapan pada manusia,namun kekecewaan yang kudapatkan .
Tuhanku, bila aku jatuh cinta jangan biarkan aku merasainya lagi.
Aku pernah memelihara kesetiaan pada manusia.
Kembali penghianatan yang kurasakan.Bila itu di saat cinta.
Kumohon jauhkan aku darinya.
No comments:
Post a Comment