Sunday, 1 April 2012
MENGAPA REMAJA MALAS MEMBACA AL QURAN?
Mungkin mereka sudah sangat mahir membaca Al Quran sebelum ini namun mereka tiada ada waktu untuk mengulanginya lagi.Atau mereka sememangnya malas dan langsung tidak berminat akan ayat-ayat Allah kerana Al Quran hanyalah mengandungi tulisan jawi semata tanpa ada gambar-gambar artis,atau idola-idola mereka di situ.Atau mereka memang tidak pernah diajar dan didik untuk mengenali dan mendekatkan diri dengan Al Quran.Mereka menganggap Al Quran adalah suatu kertas atau naskah kosong yang tiada apa yang menarik untuk dikongsikan sebagai hiburan santai.Mereka lebih gemar membaca majalah atau buku-buku yang memaparkan cerita-cerita atau isu semasa yang menarik dan gossip-gossip liar atau sebagainya yang sedang gah dimasakini,beserta dengan foto-foto menarik yang memberangsangkan buat tatapan minda gersang mereka.Alangkah sedeh dan ruginya remaja seperti ini.Menghabiskan waktu yang emas dengan percuma ke arah yang menjengkelkan.Mereka merasakan bahawa kebaikan dan keuntungan dunia yng mereka raih sekarang sama sekali tiada ada keberuntungan langsung dan berhubung kait dengan membaca Al Quran,Astagfirullah hal'adzim.Justeru mereka tidak ada motivasi sedikitpun untuk membacanya meskipun hanya beberapa saat atau beberapa ayat sahaja.Kesibukan duniawi benar-benar menjerat kehidupan mereka sehingga mereka akhirnya'dibutakan' oleh nafsu sendiri.Akhirnya semua waktu yang dipinjamkan oleh Allah kepada mereka terbuang begitu sahaja demi mendapatkan kenikmatan dunia semata-mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment