CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Thursday, 12 April 2012













                                     IKAN PEKASAM


Kali ni  aku nak cite kenangan pasal ikan pekasam.Pada mulanya aku jarang tengok ikan pekasam yang belum masak sebab emak aku jarang masak ikan macam tu. Kalau tengok pun mungkin aku tidak tahu itu ikan jenis apa walaupun banyak terdapat di kedai-kedai ikan atau di pasar-pasar. Suatu hari jiran aku,makcik Esah bagi sebungkus  ikan dalam plastik,katanya ikan pekasam yang diperbuat dari ikan sungai.Nama ikan tu talapia. "nah ni makcik bagi ikan pekasam yang makcik sendiri buat tau, pernah makan tak?" katanya. Dengan teragak-agak aku mengambil dari tangan makcik Esah sambil merenung tepat ke arah plastik berisi ikan pekasam. " Errr...pe.pe..tak pernah. Ooo..macam ni  ikan pekasam ye makcik, ni lah pertama kali saya tengok secara dekat. Pandai makcik Esah buat,terimakasih ye." Jawabku sambil merenung tepat wajah makcik Esah yang kelihatan ceria dan penuh bangga melihat penerimaanku. Aku dapat membaca dari riak wajahnya yang separuh berkedut itu ada bunga-bunga kebanggaan dan rasa puashati di atas pujian aku tadi. "Ikan segar tu,baru lepas pancing. Pak cik yang pegi pancing dengan cucunya tempohari. Kalau hendak buat ikan pekasam,biarlah dari ikan segar supaya tahan lama dan isinya manis." katanya sambil memberitahuku tentang cara-cara memproses ikan pekasam dengan penuh semangat. Aku mengangguk-ngangguk kosong antara faham dengan tidak.


Dalam hati aku berkata, makcik Esah ni macam lah aku pernah tengok orang buat ikan pekasam. Aku cuma senyum kosong tanpa ada soalan untuk bertanya lebih lanjut mengenai ikan pekasam itu,kerana aku tidak tahu soalan apa yang hendak disoal pada makcik Esah. " Emm..makcik Esah balik dulu lah ye Tasha, ada banyak kerja di rumah tu,tadi janji dengan pakcik nak datang rumah Tasha sekejap je,nanti dia tertunggu-tunggu pula, kirim salam kat Mak Engku ye" pesan makcik Esah sambil bersalaman denganku dan terus berlalu. " Ye makcik, insyaAllah. Hati-hati jalan tu" balasku balik sambil terus bawa ikan pekasam ke dapur. Aku membelek berkali-kali antara berani dengan tidak mahu masak kerana sudah tidak sabar untuk merasai keenakannya seperti yang disebut-sebut oleh setengah orang. Emak dan ayahku tiada di rumah kerana pergi menziarahi saudaraku yang sakit di hospital. "Nak tunggu mereka balik dulu ke tak ni". Bisik hatiku. "Ah! Tak payahlah aku nak buat surprise kat mereka berdua bahawa biar mereka tahu yang anak gadis mereka ni dah pandai masak ikan pekasam".


Aku membuka plastiknya dan keluarkan kesemua ikan pekasam yang aku bilang ada enam ekor semuanya. Tapi..tiba-tiba mataku terpaku pada badan ikan yang penuh dengan serbuk seperti habuk umpama ikan-ikan telah tercemar. Aku jadi geli. "Ishhh...apa ni...kenapa ikan ni kotor semuanya,xkan lah makcik Esah ni bagi ikan macam ni kat aku.." Bisik hatiku seorang diri. Terus aku mencuci seekor demi seekor ikan-ikan itu sampai bersih sehingga tiada lagi habuk-habuk putih keperangan di badan ikan-ikan itu.Baru puas hati ku. "Tapi...kalau dah cuci ni,nak kena lumur kunyit dan garam juga ke, yela kan tadi aku dah cuci mestilah ikan ni jadi tawar. Lupa pula nak tanya makcik Esah tadi berlagak macam dah pandai.." aku merungut seorang diri sambil  
mengambil garam dan kunyit lalu disapu pada badan ikan-ikan tadi. Aku panaskan minyak dalam kuali,bila dah betul-betul panas terus aku masukkan seekor demi seekor ikan dalam kuali.


Berdesing minyak dalam kuali menyambut ketibaab ikan pekasamku. Baunya sudah memenuhi ruang dapur. "Wah!..harumnya,mesti sampai ke jiran sebelah ni,dan mesti mereka pun tertanya-tanya siapakah gerangan yang menggoreng ikan pekasam. Baru mereka tahu,apa ingat anak dara macam aku ni tak reti masuk dapur ke,x reti nak masak masakan tradisional yang orang tua-tua masak ke? Tolong sikit bro...kite pun tahu derr..." dabikku seorang diri dengan penuh bangga tanpa tidak ada seorang pun  yang mahu tepuk tangan. Tiba-tiba aku rasa baunya dari wangi sudah bertukar jadi macam bau kain terbakar.... "Lorhh..kenapa tak boleh nak terbalik ni...alamak...dah melekat kat kuali ni...alahai...habislah.". Aku cuba terbalikkab berkali-kali tapi tak juga mahu keluar. Sudah bermacam-macam sudip aku kerjakan,tapi tak juga mahu terkeluar ikan-ikan tu. Dalam fikiran aku,terbayangkan kedua mak dan ayah aku yang tiba-tiba muncul dengan ikan yang masih dalam kuali ni..oh tidakk!!..Aku mesti keluarkannya walau dengan apa cara sekali pun.Yang pasti ikan ini siap terhidang atas meja bersama juadah yang lain sebelum mereka berdua pulang. Kali ini misi aku berjaya,tapi......alamak..ikan-ikan tadi yang pada asalnya sempurna dengan sifat-sifat keikanannya,sudah tak ada bentuk fizikalnya lagi. Sudah jadi serbuk,hancur. Kalau di DNA pun dah tak boleh hendak mengenal pasti mana jantan betinanya.
Adussss...macam mana ni...


Ting..tong....tiba-tiba bell rumah aku berbunyi.Alamak,jantungku berdenyut dug dag dug dag...siapakah yang datang  atau mak dan ayahku sudah balik? Aku cepat-cepat campak kuali panas dalam singki dan menyorok ikan pekasam dalam avon. Aku tarik nafas...1,2,3....Ah..elex ar bro...apa yang nak dimalukan...biasalah beb..chef pro pun ada yang tersilap masak kan... Perlahan aku buka pintu dan sudah tentunya senyuman selebar muka aku persembahkan pada kedua mak dan ayahku. " eemmmm....bau apa ni..macam bau ikan pekasam je.." mak aku orang pertama yang mendapat bau aroma dari dapur. Hidungnya kembang kempis sambil memuncung-muncung menghala ke dapur sambil diekori oleh ayahku.Aku diam tanpa kata sambil lurus mengikuti mereka dari belakang antara hendak ketawa dan malu.Mak dan ayahku mencari-cari bau yang menusuk hidung mereka umpama kucing kelaparan. 


Mereka membuka sana,membuka sini tanpa bantuan dari aku yang tercegat persis pelayan hotel.Dalam hati aku tersimpul berbagai jawapan dari persoalan yang mereka pasti ajukan. "errr..apa ni Tasha,kuih ke apa..bau macam benda hangus je ni.."tanya mak aku sambil mengeluarkan ikan yang sudah jadi habuk dari dalam avon. "errr..ikan pekasam yang makcik Esah bagi. Tasha lupa nak tanya dia cara-cara menggoreng.Itulah jadinya hahahaaaaa...." jawabku sambil ketawa gelihati. Mak dan ayah aku ketawa sampai berair-air mata dan hidung. Malunya aku.Punah harapan untuk surprise kan mereka berdua....Kepada jiran sebelah,maaf ya kali ini aroma masakanku tak menjadi,nantilah di lain hari,dan di lain waktu......



No comments:

Post a Comment