KELEBIHAN ZIKRULLAH
1. Zikrullah menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya.
2. Zikrullah menyebabkan Allah redha.
3. Zikrullah menjauhkan duka cita daripada hati manusia.
4. Zikrullah menggembirakan hati.
5. Zikrullah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.
6. Zikrullah memurahkan rezeki.
7. Zikrullah adalah sinaran hati dan muka.
8. Zikrullah adalah membawa orang yang berzikir itu kepada
kehebatan dan kegagalan yakni dengan memandang wajahnya
seseorang merasa gentar.
9. Zikrullah melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta
itulah roh Islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan
kebahagiaan.
10. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
11. Zikrullah adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan
Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan.
Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat
kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatnya.
12. Zikrullah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan
diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka
dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan
semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan
sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
13. Zikrullah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan
sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan
maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi
pelindung dan pembantu baginya.
14. Zikrullah adalah pembuka pintu makrifat Allah.
15. Zikrullah melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan
semangat merapatkan diri kepada Allah.
No comments:
Post a Comment